Burung pulang ke sarang.

Assalamualaikum,

Selepas hampir dua tahun aku tinggalkan Blogger & berpindah ke belog yang aku 'host' sendiri kat WordPress (menggunakan khidmat hosting daripada GoDaddy & Bluehost), akhirnya aku kembali ke Blogger.

Bukan apa, sebenarnya haritu aku gatal sangat nak beli domain .my ni. Dah lama dah tangan aku gatal nak dok beli domain baru padahal domain www.syazanazura.com tu dah cukup dah untuk kegunaan aku sekarang, tapi nak jugak beli domain baru. Ha, kan dah beli dah.

Ada kawan bagi pendapat, suruh aku guna domain baru (i.e. www.syazanazura.my) ni untuk bezakan post English & BM aku. Masalahnya aku menulis pun dah makin jarang, apatah lagi nak kena jaga dua belog berbeza. Tambah pula BM aku dah berkarat nak mati sampai aku rasa aku nak tulis panjang ni pun macam ya Allah susahnya la hai.

Tapi, elok juga sebenarnya. Harapnya beli domain baru ni boleh paksa aku menulis la, sebab bukannya murah woih beli benda ni (aku beli untuk lima tahun terus ha, so sampai 2021 la domain aku ni ada). Bukannya apa, lagipun bulan 9 ni aku dah nak masuk tahun akhir kat universiti, so alang-alang ada masa lebih ke apa boleh la nak mula balik menulis dengan aktif. Kata nak tulis buku sendiri, hampeh betul. -.-

Hmm okay tu je nak tulis untuk sekarang, takde modal lagi sebenarnya. Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir & Batin. :)



Share this:

0 comments:

Post a Comment