Cita-cita & Masa Depan.

Assalamualaikum,
Musim raya terkenal dengan soalan-soalan cepumas daripada makcik pakcik nenek atuk saudara mara semua.

"Belajar lagi ke? Bila habis?" 
"Lepas belajar nak buat apa?"
"Kerja mana sekarang?"
"Bila nak kahwinnya?"
"Bila nak dapat anak ni?"
"Anak sorang je? Tak nak bagi anak adik ke?"
"Makcik bila nak jadi madu orang? Eh."

Masa kecil tak kisah sangat la pasal semua ni, sebab yang pentingnya nak dapat duit raya tu. Sekarang ni, kenalah kisah sebab yang menjawabnya aku (kalau aku sempat jawab sebelum mak aku jawabkanlah, that is). Bila fikir balik, setahun dari sekarang, insyaAllah aku dah habis belajar & dah dapat genggam segulung ijazah dalam tangan aku (well, harapannya universiti aku pos ijazah aku cepat lah). Tapi masalahnya, nak buat apa lepas habis belajar tu pun aku masih tak tahu.

Sekarang ni dalam kepala ada la beberapa pilihan. Aku masih perlukan masa untuk fikir betul-betul, jumpa balik profesor di universiti untuk minta pendapat mereka, jumpa supervisor kat ofis aku kat sana tanya pendapat dia apa semua. Sebabnya, aku dok fikir habiskan masa berjam-jam pun tak guna jugak. Lama-lama boleh jadi pening aku nak fikir semua ni.

Haih penatlah asyik dok baca sini sana pastu semuanya nampak macam best je. Dah tu, kalau semuanya best, takkan nak buat semua, ye dok? Tapi itulah pasal, bila otak bercelaru macam ni, apa-apa yang aku baca mesti nampak menarik, sebabnya aku dah bosan dengan apa yang aku buat dan aku nak buat benda baru.

Eh okay aku rasa aku dah berbelit dah kat sini okay so bai.

Share this:

0 comments:

Post a Comment